KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata kerajaan akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam melaksanakan langkah segera termasuk mempergiat libat urus dengan pihak korporat yang turut merangkumi pengeksport, pengimport, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menggalakkan aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing tempatan.
"Melalui langkah ini, impak positif terhadap ringgit dapat dilihat. Jawatankuasa Pasaran Kewangan BNM pada 1 Mac 2024 menyatakan terdapat kesan yang serta-merta terhadap aliran pasaran dan peningkatan minat pasaran terhadap ringgit.
"Nilai ringgit telah meningkat sebanyak 1.3 peratus sehingga 21 Mac 2024. Prestasi mata wang ringgit berbanding sembilan negara serantau lain telah pun bertambah baik, iaitu pada kedudukan pertama semenjak langkah koordinasi antara kerajaan, BNM dan GLC dan GLIC dilaksanakan iaitu pada 26 Feb, 2024)," katanya ketika menggulung perbahasan titah Diraja di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau berkata penganalisis pasaran menganggarkan nilai ringgit berada di bawah nilai saksama sebanyak lapan hingga 10 peratus.
Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2024 dijangka lebih kukuh pada julat 4.0 hingga 5.0 peratus, penganalisis pasaran menganggarkan bahawa nilai ringgit akan bertambah baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang separuh kedua 2024, katanya.
"Sebagai negara pengeksport, penyusutan nilai ringgit memampan pendapatan sektor berorientasikan eksport melalui penterjemahan keuntungan dalam jangka pendek.
"Namun, kerajaan peka bahawa penyusutan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah," katanya.
Sementara itu, mengenai usaha kerajaan dalam menyasarkan semula subsidi, Lim berkata mekanisme pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar masih dalam pertimbangan dan dijangka tidak meningkatkan kos kepada industri sedia ada.
"Namun, kerajaan tetap menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.
Beliau berkata pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Lim berkata penganalisis pasaran menganggarkan nilai ringgit berada di bawah nilai saksama sebanyak lapan hingga 10 peratus. - Gambar fail/Bernama
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.
Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
23 lokasi di Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024
Barangan keperluan dijual dan disubsidi oleh kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga asal.
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.